Kementerian Kesihatan sedang menggariskan beberapa perkara dalam usaha memberi penempatan kepada pegawai perubatan kontrak di fasiliti KKM.

Hal berkenaan dimaklumkan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Usaha berkenaan termasuk mewujudkan jawatankuasa khas bagi membincangkan pindaan undang-undang berhubung Akta Perubatan, Akta Pergigian dan Akta Farmasi.

Selain, mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam mengenai Akta Pencen.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini