Kementerian Kesihatan KKM sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung punca pencemaran produk air minuman berbungkus (AMB) jenama Starfresh keluaran Malaysia yang ditarik balik daripada pasaran Singapura. Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia berikutan produk berkenaan dikesan tercemar dengan bakteria Pseudomonas aeruginosa. Hasil verifikasi KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mendapati kilang yang menghasilkan produk itu melaksanakan program jaminan keselamatan makanan dan mematuhi keperluan pelesenan punca air minuman yang ditetapkan KKM. KKM juga mengesahkan produk AMB jenama Starfresh ini hanya dipasarkan ke Singapura dan tidak dijual di pasaran tempatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini