Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersifat terbuka untuk menjalankan kajian klinikal terhadap penggunaan kanabis dalam rawatan penyakit kronik di negara ini.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, segala usaha bagi tujuan itu masih dalam peringkat awal.

Jelas beliau, kanabis berada di bawah Akta Racun dan pengunaannya akan melibatkan banyak undang-undang yang perlu diselesaikan.

Ia tidak boleh dilepaskan sewenang-wenangnya kerana dikhuatiri berlaku penyalahgunaan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena sambutan Hari Kajian Klinik di Putrajaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini