Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau laporan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan negara lain berkait varian baharu COVID-19 tersebut. Khairy Jamaluddin menambah, pihaknya akan melihat kewujudan varian ini serta sejarah perjalanan pengembara yang disahkan positif dijangkiti Omicron.

Ia inisiatif yang diambil kerajaan dalam mempertingkat langkah pencegahan dan kawalan sempadan termasuk bagi pengembara yang tiba di pintu masuk negara. Katanya tiga negara telah melaporkan kes membabitkan varian Omicron iaitu Afrika Selatan(77 kes), Botswana (4 kes) dan Hong Kong (2 kes).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini