Kementerian kesihatan (KKM) tidak mengesyorkan pengunaan ivermectin  untuk
dimasukkan ke dalam garis panduan rawatan COVID-19 kerana ivermectin tidak mengurangkan risiko penyakit tahap teruk.

Ketua pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan memberitahu – KKM menyarankan agar ivermectin hanya digunakan dalam kajian klinikal dengan pemantauan.

Keputusan tersebut selari dengan kajian berskala besar seperti IVERCOR-COVID19 dari Argentina dan Brazil yang tidak menyokong penggunaan rutin ivermectin dalam amalan klinikal rawatan COVID-19.

Pasukan kajian I-TECH bercadang menghantar data kajian tersebut untuk diterbitkan di dalam jurnal peer-reviewed bagi memberi maklumat tambahan kepada kajian ivermectin termasuklah meta-analysis.

Diharapkan kajian tempatan ini dapat memberi pencerahan kepada Pengamal Perubatan di Malaysia dan juga kepada orang ramai yang sering bertanya mengenai keberkesanan ivermectin dalam amalan klinikal rawatan COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini