Kementerian Kesihatan tidak menolak besar kemungkinan gelombang varian Omicron akan mula di Malaysia, sepertimana berlaku di negara lain.

Justeru, tegas menterinya, Khairy Jamaluddin, beberapa langkah segera perlu diambil untuk memperlahankan penularan varian membimbangkan itu.

Antaranya termasuklah liputan dos penggalak yang luas, pemakaian pelitup muka, pengudaraan yang baik dan kawalan pintu masuk antarabangsa.

Strategi memperlahankan jangkitan Omicron ini mampu mengelak sistem kesihatan awam menjadi lumpuh kerana kebolehjangkitan Omicron lebih tinggi daripada Delta.

Setakat semalam,  jumlah keseluruhan varian itu di negara ini sebanyak 64 kes, dengan 50 peratus daripadanya berlaku dalam kalangan jemaah Umrah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini