Susulan penularan varian baharu, Omicron.

Kementerian Kesihatan mengumumkan beberapa protokol baharu bagi mencegah kemasukan dan penularan varian tersebut di Malaysia berkuat kuasa hari ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin melalui satu kenyataan memaklumkan, tindakan pengukuhan kepada langkah-langkah pencegahan dan kawalan sedia ada ini dikenakan kepada pengembara yang tiba di negara ini.

Antaranya melalui Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin VTL Udara dan darat, Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LITB) dan One Stop Centre (OSC) untuk pelawat perniagaan jangka pendek.

Manakala bagi pengembara kategori 1 hingga 4, tindakan pengukuhan kepada langkah-langkah pencegahan dan kawalan sedia ada turut disenaraikan.

Antaranya, Pengembara mesti lengkap divaksinasi, Ujian PCR COVID-19 dilakukan 2 hari sebelum berlepas ke Malaysia dan semua keputusan ujian perlu dilaporkan melalui aplikasi MySejahtera.

Tambah Khairy, tindakan pengukuhan yang dilaksanakan akan disemak dari semasa ke semasa.

Sehingga kelmarin, sebanyak 43 negara telah melaporkan kes COVID-19 jangkitan varian baharu Omicron dengan lapan daripadanya dikenakan sekatan perjalanan sementara bermula 27 November lepas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini