Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengambil berat isu gangguan seksual yang didakwa berlaku dalam industri seni tanahair.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa menegaskan, ia bukan isu remeh, malah gangguan seksual ialah satu kesalahan jenayah.

Mengulas perkara itu dalam laman Facebook beliau, Tan Sri Annuar berpandangan, isu gangguan seksual tidak akan terungkai dengan mencari kelemahan mana-mana pihak.

Sebaliknya usaha menanganinya memerlukan penggembelengan tenaga semua pihak, meliputi pihak berkuasa, individu terlibat dan pihak media.

Bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil, dakwaan isu berkenaan dalam industri seni telah dimaklumkan Tan Sri Annuar kepada pihak polis.

Beliau yakin, pihak berwajib akan mengambil tindakan mengikut lunas undang undang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini