Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan menganjurkan program ‘RIUH-Keluarga Malaysia’ bermula Januari tahun depan.

Langkah diambil sebagai usaha mempromosi dan memartabat industri kreatif tempatan.

Jelas Timbalan Menteri, Datuk Zahidi Zainul Abidin, program itu juga bertujuan memulihkan ekonomi serta merancakkan sektor pelancongan di setiap negeri secara berperingkat.

Program dilaksana melalui kerjasama antara KKMM, MyCreative Ventures Sdn Bhd dan Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA).

Pemain industri juga boleh mengadakan pertunjukan, jualan dan sebagainya untuk menyemarakkan lagi industri kreatif.

Ini juga akan membuka lebih 5,000 peluang pekerjaan baharu.

Datuk Zahidi berucap selepas melancarkan pameran STAR/KL dan Bamboo House KLWKND di ibu negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini