Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) berdepan kesukaran mengawal kandungan siaran menerusi platform penstriman dalam talian ‘ OVER THE TOP’ (OTT), yang berpengkalan di luar negara, termasuk Netflix.

Menurut Menterinya, Tan Sri Annuar Musa, ini kerana, perundangan sedia ada hanya boleh dikuatkuasa terhadap platform berdaftar dan dilesenkan di Malaysia sahaja.

Tan Sri Annuar berkata, ketika ini, tumpuan terarah kepada usaha melaksana program advokasi bagi memastikan wujud kematangan dalam pemilihan rancangan atau program yang mahu ditonton dalam platform penstriman dalam talian.

Di Malaysia, beberapa langkah pengawalan diambil Netflix, antaranya menyediakan khidmat ‘Pemantauan Ibu Bapa’ bagi membolehkan mereka mengawal selia penggunaan platform tersebut oleh anak-anak. Ia termasuk, menyekat kandungan dalam kategori Remaja dan Dewasa menggunakan kata kunci ditetapkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini