Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan memberi fokus terhadap tiga aspek bagi menjamin kualiti capaian internet tinggi dan ekosistem perkhidmatan jalur lebar lebih baik.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, ia meliputi penyediaan prasarana mencukupi bagi memastikan tahap capaian perkhidmatan internet ke semua kawasan termasuk luar bandar. 

Perkhidmatan yang disediakan juga perlu berkualiti iaitu sekurang-kurangnya 4G dengan kadar kelajuan kira-kira 35 megabit per saat (Mbps) serta pemilikan peranti bersesuaian dan mampu milik.
 
Turut ditekankan pengisian aplikasi untuk dimanafaatkan sepenuhnya oleh pengguna. 

Beliau ditemui pada Majlis Penyerahan Tablet Huawei MatePad 10 sumbangan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd kepada 200 Pelajar di Dewan Khatam Putra Chengal di Ketereh, Kota Bharu. 

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd, Michael Yuan.
 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini