Turut mencapai 100 peratus sasaran utama bagi tiga KPI adalah Kementerian Komunikasi dan
Multimedia.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, KPI berkenaan adalah membuka semula aktiviti industri
kreatif, pelancaran Pakej Peranti serta Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan penawaran geran, dana
dan skim insentif kepada PKS, industri kreatif digital dan syarikat industri digital.

Beliau berkata demikian pada program pelancaran portal setempat pelbagai perkhidmatan dalam talian
MyDigital KKMM di Putrajaya.

KKMM juga katanya berjaya menyelesaikan urusan penyampaian dana kepada 200 syarikat.
Ia adalah perkembangan positif selepas pembukaan semula industri kreatif terutamanya perfileman yang terlalu lama terhenti akibat Perintah Kawalan Pergerakan.

Beliau berkata jumlah itu melebihi sasaran asal 150 syarikat pendigitalan kandungan untuk memohon
pelbagai dana yang disediakan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) serta mendapat dana
dalam tempoh 100 hari.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini