Bagi melahirkan golongan pelapis industri kreatif dan lebih ramai tokoh korporat dalam kalangan pemain industri kreatif pada masa hadapan.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) melaksanakan program Akses Pembangunan Modal Insan kreatif iaitu Program Komuniti@FINAS (KoFi).

Menurut Menterinya, Tan Sri Annuar Musa, pelaksanaan program berkenaan bertujuan merakyatkan filem dan kerja pembikinan filem dalam kalangan komuniti.

Malah, Finas sendiri turun padang mendekati bakat baharu melalui penganjuran bengkel yang terbuka kepada mereka yang berminat.

Beliau berucap dalam majlis Penyerahan Surat Setuju Terima Dana kandungan Digital Mikro Prisma Outreach dan Program Keluarga Malaysia Finas di Kota Bharu, Kelantan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini