Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta agensinya komited untuk terus mengungguli inisiatif memacu ekonomi seni selain menjadikan Malaysia sebagai destinasi seni budaya dan kreatif serantau.

Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata, komitmen itu penting bagi membuka semula kemasukan pelancong serta mempromosikan bakat komuniti seni tempatan dengan mengadaptasi norma baharu pandemik COVID-19.

Menurutnya, elemen kesenian dan kebudayaan merupakan asas dalam usaha negara mencapai negara maju.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Art In The City 2021 di Ibu Negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini