Kementerian Komunikasi dan Multimedia bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memacu pembangunan MSC 2.0.

Ia bertujuan melonjakkan ekonomi digital negara dan menarik lebih banyak pelaburan digital.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan, keputusan itu dibuat pada mesyuarat keempat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Nasional Keempat, dipengerusikan Perdana Menteri, baru-baru ini.

Beliau menyifatkan langkah yang diambil sebagai tepat pada masanya,  untuk menambahbaik MSC Malaysia ke arah pemulihan ekonomi negara pasca COVID-19.

Jelasnya, MSC 2.0 bertujuan mengembangkan sektor fokus digital ke seluruh negara dan mewujudkan bidang pembangunan baharu untuk menjana pekerjaan berpendapatan tinggi.

Juga, mempromosi penggunaan digital yang meluas, merentasi semua aktiviti ekonomi di Malaysia selain merapatkan jurang digital ke arah pengagihan kekayaan yang saksama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini