Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Kementerian Kewangan (MoF) akan menyediakan kertas kerja bersama yang mengandungi cadangan berkaitan pelaksanaan perkhidmatan 5G.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan, ia akan dibentangkan kepada kabinet selepas proses libat urus dijalankan bersama pihak berkepentingan, selesai.

Ujarnya, kabinet akan membuat keputusan muktamad sama ada mengekalkan model Rangkaian Pemborong Tunggal (SWN) atau model pilihan lain bagi pelancaran rangkaian 5G menjelang Januari 2022.

Terdahulu, Tan Sri Annuar melancarkan Syarikat Perkhidmatan Telekomunikasi Unbox Malaysia di Petaling Jaya, Selangor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini