10,000 Kotak Kasih berupa bantuan makanan bakal diagihkan bagi membantu anggota komuniti kreatif dan kumpulan B40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Sumbangan berupa makanan asas itu merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat, C-S-R oleh MyCreative Ventures Sdn Bhd bersama rakan strategik lain.

Program merupakan salah satu daripada tiga program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). 

Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Mohammad Mentek merasmikan program itu, selain turut melancarkan laman sesawang RTMKlik dan Kempen #SayaDigital.

Menurut Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ruzain Idris, RTMKlik merupakan platform selaras dengan pelaksanaan agenda transformasi digital melalui Pelan Strategik Jabatan Penyiaran 2021-2025.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini