Pendigitalan nasional, pemulihan industri kreatif dan kemampanan komunikasi kerajaan adalah fokus Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam Bajet 2022 bagi memastikan tiada rakyat ketinggalan dalam gelombang pendigitalan.

Sekali gus, menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, ekosistem untuk rakyat menyumbang ke arah taraf hidup yang lebih tinggi dapat diwujudkan.

Beliau berkata, peruntukan RM2.625 bilion kepada KKMM dalam Bajet 2022 diyakini dapat membantu Keluarga Malaysia keluar daripada kesukaran yang dihadapi sepanjang pandemik COVID-19 yang melanda negara.

Tan Sri Annuar berkata, bagi 2022 perkhidmatan 5G akan diperluas kepada 36 peratus daripada kawasan kepadatan tinggi termasuk di bandar-bandar utama di Johor, Selangor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Ia dilihat dapat merapatkan jurang digital serta mencipta peluang pekerjaan baharu.

Kerajaan juga akan menambah baik inisiatif Skim Geran Pendigitalan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada RM200 juta dengan RM50 juta dikhususkan untuk usahawan mikro bumiputera di luar bandar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini