Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) komited mempercepat penerimagunaan teknologi dan inovasi menerusi penyediaan jalinan gentian optik lebih meluas. Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, ia bagi kualiti liputan lebih efisien dan efektif selaras pengenalan ekonomi digital berasaskan teknologi tinggi.

Selain itu, kerajaan turut melaksanakan penyediaan infrastruktur jalur lebar menggunakan kaedah point of present (POP) hab gentian optik sebagai altenatif memperluaskan liputan jaringan jalur lebar di kawasan sekolah dan berpenduduk.

Tan Sri Annuar berkata demikian pada sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini