Capaian liputan internet 4G di seluruh Sarawak akan meningkat ke tahap 92 peratus menjelang 2022. Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Tan Sri Annuar Musa, perkara itu bakal dicapai selepas selesainya pelaksanaan fasa 1 Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Kerajaan akan mempercepat proses menaik taraf prasarana dan infrastruktur jalur lebar, dengan perbelanjaan mencecah RM4.09 bilion tahun hadapan. Sehingga suku ketiga tahun ini, liputan 4G di Sarawak telah melebihi 83 peratus dan menjelang tahun 2022, capaian liputan bakal mencecah antara 91 hingga 92 peratus.

Jelas Tan Sri Annuar, sehingga kini, 61,414 premis di seluruh Sarawak sudah dilengkapi internet jalur lebar tetap, sementara baki premis sedang dalam proses melengkapkan rangkaian gentian optik, dengan peruntukan RM147 juta.

Tambahnya, sejumlah 79 menara telekomunikasi baharu di Sarawak juga telah siap dibina, 744 lagi dalam proses pembinaan manakala 856 menara sedia ada telah dinaik taraf. Beliau berkata demikian pada Majlis Randau Khas bersama Warga Jabatan Penyiaran Sarawak, di Kuching.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini