Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersetuju supaya khidmat jurubahasa isyarat dalam penyampaian berita diamalkan di semua rangkaian televisyen temasuk TV swasta berkuatkuasa serta merta.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, ini kerana golongan Orang Kurang Upaya (OKU)  berhak untuk mendapatkan maklumat yang sama seperti golongan normal lain.

 
Melalui pembentangan bajet 2022 pada Jumaat, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Azizi mengumumkan peningkatan akses golongan kurang upaya dalam industri media, semua rangkaian televisyen termasuk swasta akan menyediakan khidmat jurubahasa isyarat dalam penyampaian berita.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini