K-KOMM telah mengarahkan pembekal perkhidmatan Internet (ISP) untuk menyekat sebuah laman sesawang sumber terbuka dikaitkan dengan penjualan data.

Sekatan dibuat bagi menghalang urusan jual beli data di platform berkenaan.

Jelas Tan Sri Annuar, tindakan menurunkan laman web terbabit turut dilakukan pada hari sama selepas ia didedahkan di Twitter Ahad lalu.

Semakan dan siasatan segera turut dilakukan Jabatan Perlindungan Data Peribadi, MCMC serta CyberSecurity.

Siasatan secara bersepadu juga melibatkan Agensi Keselamatan Siber Negara, PDRM dan Bank Negara.

Pemantauan berterusan dilakukan bagi mengekang pelanggaran Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini