Kementerian Kerja Raya, KKR sedang meneliti dan meluluskan cadangan pembinaan beberapa lebuh raya baharu khususnya di Lembah Klang.

Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kementeriannya menerima beberapa cadangan dari pihak swasta untuk pembinaan lebuh raya sebagai alternatif kepada pengguna.

Datuk Seri Fadillah dalam satu laporan media menyatakan, terdapat tiga projek lebuh raya baharu di Lembah Klang yang telah mendapat kelulusan berprinsip iaitu projek Petaling Jaya Traffic Dispersal Elevated Highway (PJD LINK), Putrajaya – Bangi Expressway (PBE) dan Kuala Lumpur Northern Dispersal Expressway (KL-NODE).

Beliau ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Kerja Raya di Kompleks KKR di ibu negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini