‘Jangan gentar’

Itu pesanan yang diberikan Presiden KL City FC, Tan Sri Annuar Musa kepada anak-anak Bojan Hodak menjelang pertemuan akhir Piala Malaysia menentang JDT FC di stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Beliau akui, JDT adalah pasukan yang serba lengkap dan berada dalam kelas tersendiri, namun pemain The City Boys mampu memberikan tentangan jika berjaya mengekalkan momentum cemerlang seperti aksi sebelum ini.

Dalam masa sama, beliau menyeru penyokong kedua-dua pasukan yang hadir agar mematuhi SOP yang ditetapkan.

Majlis Keselamatan Negara-MKN membenarkan seramai 20 ribu penyokong menyaksikan pertemuan itu di dalam stadium.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan pasukan KL City FC di Ibu negara.

Sebagai rekod, Kuala Lumpur FA pernah mencipta kejuaraan hatrik Piala Malaysia pada 1987, 1988 dan 1989.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini