Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak (Wanita) 2021. Kuala Lumpur dan Pahang bakal membuat perhitungan pada aksi final selepas berjaya menundukkan lawan masing-masing di separuh akhir.

Kuala Lumpur berjaya menundukkan Melaka 1-0 manakala Pahang menewaskan Pulau Pinang, juga dengan keputusan yang sama. Dalam keadaan hujan renyai turun dipertengahan perlawanan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Ketika perlawanan seakan-akan ditentukan menerusi penentuan pukulan shoot-out, anak buah A. Kannagi berjaya menghidu peluang yang disudahkan Nur Zafirah Aziz.

Gol tunggal itu hadir ketika perlawanan hanya berbaki 10 saat sebelum masa sebenar tamat. Sementara itu dalam satu lagi aksi separuh akhir, jaringan awal Pahang nyata memberi kemenangan tipis 1-0 ke Pulau Pinang, sekali gus mara ke final.

Gol Nuriza Sulaiman pada minit ke-9 itu berjaya dipertahankan Pahang sehingga ke wisel penamat. Kuala Lumpur dan Pahang akan membuat perhitungan akhir pukul 6 petang di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini