Kuala Lumpur, genap 50 tahun diisytihar sebagai bandar raya pertama di Malaysia, hari ini.
Ia kini sedang menuju ke arah menjadi lebih mampan, lestari, berdaya tahan dan sejahtera seperti diispirasikan lebih 2 juta warganya.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata bagi mencapai aspirasi itu, visi ‘Kuala Lumpur Bandar Untuk Semua’ ditetapkan menjelang 2040.
Selain itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku pentadbir akan memberi tumpuan kepada pengurusan lalu lintas, pencegahan banjir serta pengukuhan sistem urus tadbir.
Utama Edisi Semasa