9 ahli gabungan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur, KLFA disingkirkan sehari sebelum Mesyuarat Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur ke-31 yang berlangsung di Hotel Tamu, Kuala Lumpur. Keputusan dibuat selepas 9 ahli gabungan itu melanggar Artikel 17 statut KLFA. Presiden KLFA, Datuk Seri Adnan berkata 9 ahli gabungan tersebut tidak melakukan sebarang rayuan dalam tempoh 14 hari dari notis pengguguran keahlian yang diberi malah terus berjumpa Pesuruhjaya Sukan dan Persatuan Bolasepak Malaysia, FAM. Susulan keputusan itu mereka juga dilarang mengundi pada pemilihan ahli badan induk itu yang bakal berlangsung November ini. Manakala 4 lagi individu turut dikenakan hukuman pergantungan akibat melanggar Artikel 87 statut KLF

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini