Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA bakal menjadi pusat pengedaran dan hab logistik e-dagang Asia Pasifik menerusi pengoperasian Hab eWTP Chai-niao Aeropolis. Malaysia Airports Holdings Bhd menyasarkan kapasiti kargonya meningkat dua kali ganda kepada 1.3 juta tan metrik dalam tempoh 10 tahun.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memaklumkan, kerjasama antara hab tersebut dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia membolehkan sistem pelepasan kastam dikurangkan dengan ketara. Mula beroperasi November tahun lalu, hab tersebut ditubuh dengan kerjasama MAHB dan Alibaba Group melibatkan nilai pelaburan RM500 juta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini