Sempena sambutan Hari Ibu Sedunia Hari Ini. KLM Royal Dutch Airlines bekerjasama dengan Malaysia Airports dan Sama-sama Hotel, menganjurkan “Charity Tulip Sale”, yang menjual bunga tulip sebagai simbolik kasih sayang terhadap kaum ibu. Bunga tulip yang dibawa khas dari Belanda ini dijual pada harga 6 ringgit setiap kuntum. Kesemua hasil jualan bunga tulip berkenaan akan diserahkan kepada Hospis Malaysia, sebuah organisasi amal yang melakukan penjagaan paliatif kepada pesakit kencing manis, HIV/AIDS, penyakit buah pinggang dan saraf tertentu seperti Parkinson dan Alzheimer.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini