Kementerian Luar Negeri (KLN) akan bekerjasama dengan Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu, Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM) bagi menjayakan diplomasi budaya di bawah Kerangka Dasar Luar Malaysia.

Menteri Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah berkata kerjasama itu akan melibatkan lima inisiatif termasuk aspek ketamadunan.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat pertukaran budaya melalui lensa diplomasi budaya antara Menteri Luar Negeri bersama ISTAC -IIUM secara maya. KLN juga akan bekerjasama dengan ISTAC-IIUM dalam memperkasa kokurikulum sedia ada, dan menfasilitasi aktiviti-aktiviti antarabangsa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini