Jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp tetap optimis dengan kemampuan pasukannya ketika ini.

Beliau turut memaklumkan tidak berhasrat mencari pemain baharu semasa jendela perpindahan nanti.

Pada tahun depan Liverpool bakal berdepan ketiadaan trio Mohamed Salah, Sadio Mane dan Naby Keita yang membawa cabaran negara masing-masing dalam kejohanan Piala Negara-Negara Afrika pada 9 Januari hingga 6 Febuari 2022. 

Bagi Klopp, sesiapa sahaja yang bakal diturunkan, sudah jelas dengan misi pasukan, iaitu untuk mencabar kejuaraan liga musim ini.

Namun beliau mengakui kehilangan pemain hebat seperti Mohamad Salah dan Sadio Mane bakal menjejaskan rentak permainan pasukan.

Ketiadaan Salah, Mane dan Keita bakal memberi peluang kepada pemain termasuk Diogo Jota, Divock Origi dan Alex Oxlade-Chamberlain untuk menyerlah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini