Gagal patuhi SOP di tempat kerja dan aktiviti rekreasi melibatkan pekerja seperti kembara bermotosikal dan futsal punca penularan Kluster “Dah Meha Industri Kulim”. Kluster melibatkan kilang di Mukim Padang Meha, Padang Serai, Kulim ini, menyaksikan 194 individu telah disaring.

133 kes positif dikesan melibatkan 97 pekerja dan 36 kontak keluarga. Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Doktor Othman Warijo berkata, taburan kes positif melibatkan empat daerah iaitu Kulim, Baling, Kuala Muda dan Sik.
 
Kesemua kes bergejala ringan dan telah lengkap divaksinasi, kini diarahkan menjalani kuarantin di rumah. Siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca sebenar kluster sedang dijalankan. Keadaan adalah terkawal dan Jabatan Kesihatan terus mengawasi situasi dari dekat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini