Penubuhan Kluster Komunikasi Strategik di bawah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara (FSCC) adalah satu langkah pro-aktif Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Penganalisis Polisi Sosio-Ekonomi, Dr. Zokhri Idris optimis, menerusi kluster baharu itu, maklumat serta informasi tepat, sahih dan terkini berhubung sekuriti makanan negara, dapat disalurkan dengan efektif kepada masyarakat.

Kluster Komunikasi Strategik mampu berjaya mencapai sasaran sekiranya mendapat kerjasama semua pihak, selain rakyat sentiasa peka dengan maklumat yang disalurkan.

Semalam, MAFI mengumumkan penubuhan Kluster Komunikasi Strategik di bawah FSCC bagi menyampaikan maklumat dan insiatif kerajaan berhubung sekuriti makanan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini