Pemain sayap, M. Kogileswaran Raj kekal bersama Petaling Jaya (PJ) City FC untuk saingan Liga Super musim depan.

Penampilan menyerlah bersama Skuad Harimau Malaya dalam kejohanan  Piala AFF 2020 meyakinkan kelab tersebut untuk terus menggunakan khidmatnya.

PJ City menerusi laman Facebook mengumumkan pemain sayap berusia 23 tahun dari Kuala Lumpur itu kekal bersama The Phoenix untuk musim ketiga sejak menyertainya dari Pahang pada 2020.

Kogileswaran yang melakukan enam penampilan untuk Malaysia, menjaringkan dua gol dalam perlawanan Kumpulan B Piala AFF.

Gol pertamanya dijaringkan semasa menewaskan Kemboja 3-1 dalam perlawanan pembukaan manakala gol kedua ketika tewas 1-4 kepada Indonesia pada aksi terakhir kumpulan.

Dalam kempen itu, Malaysia terkandas di peringkat kumpulan selepas hanya menduduki tangga ketiga di belakang Indonesia dan Vietnam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini