Kerjasama antara sektor awam dan swasta amat perlu untuk menyemarakkan lagi usaha pendigitalisasi perkhidmatan dan penyampaian kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dengan usaha berkenaan Malaysia akan melangkah ke ekonomi digital dengan cukup bersedia.

Beliau berkata demikian menerusi perutusan video sempena majlis pelancaran rasmi Minggu Saham Digital-MSD 202I.

Ke arah itu Perdana Menteri menyarankan rakyat menyertai menyertai MSD 2021 yang bermula semalam sehingga 23 November ini.

MSD yang dianjurkan Permodalan Nasional Berhad; PNB akan meningkatkan lagi kefahaman masyarakat tentang pengurusan kewangan, sebagai usaha membantu rakyat meraih semula pendapatan yang hilang akibat pandemik.

MSD 2021 dirasmikan secara maya oleh Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Arifin Zakaria,disiarkan secara langsung setiap hari melalui laman Facebook dan YouTube PNB bermula 12.30 tengah hari hingga 10.00 malam.

Lebih 70 program dianjurkan antaranya bual bicara dan webinar oleh pakar bidang khusus dan program hibur didik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini