Sebanyak 4 buah rumah asnaf di DUN Pauh terpilih menerima bantuan Kolej Komuniti Arau yang melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat mereka.

Aktiviti di bawah Program Perkasa Wanita itu menyerahkan bantuan berbentuk barangan keperluan asas dan pemasangan langsir baharu kepada penduduk. Menurut Exco Negeri yang juga ADUN Pauh, Rozieana Ahmad, kemahiran dan kepakaran pelajar serta pensyarah dalam kursus diikuti turut memberi manfaat buat penduduk yang memerlukan.

Selain itu, kursus-kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti juga mampu meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan sumber pendapatan kepada pelajar terbabit. Program itu akan turut diperluaskan ke DUN lain sekitar Perlis bermula awal tahun depan agar memberi manfaat kepada lebih ramai penduduk memerlukan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini