Alphacomp Solution Sdn Bhd komited meningkatkan hasil jualan peniaga tempatan khususnya golongan B40 menerusi aplikasi MySejiran.

Pengerusinya, Datuk Ruslina Baharum berkata, setakat ini syarikat menjalin kerjasama dengan 20 persatuan peniaga seluruh negara, bagi mempromosikan perniagaan mereka di aplikasi berkenaan.

MySejiran yang akan dilancar sepenuhnya awal tahun hadapan, mempunyai 10,000 peniaga berdaftar setakat ini. Buat permulaan, MySejiran akan menumpukan kepada peniaga di Lembah Klang sebelum memperluaskan capaiannya ke beberapa negeri lain.

Aplikasi itu turut menawarkan beberapa kelebihan seperti ganjaran baucar kepada pengguna selain membantu peniaga mendapatkan geran padanan daripada agensi kerajaan terlibat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini