Komitmen warga Perlis membantu penduduk terjejas banjir di Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang, mendapat perhatian.

Penghargaan dizahirkan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail terutama kepada petugas dan sukarelawan.

Baginda menghargai usaha petugas yang berkorban masa dan tenaga serta memberi sokongan moral dan bantuan kewangan.
 
Melaluinya jelas tergambar perpaduan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
 
Malah kesediaan masjid dan rumah ibadat dijadikan tempat berteduh sementara bagi penduduk terjejas menunjukkan rakyat Malaysia sentiasa bersama dalam apa keadaan.
 
Baginda menyeru agar rakyat terus menyalur bantuan meskipun Perlis tidak terjejas disebabkan banjir kali ini.
 
Dalam pada itu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut menyalur sumbangan awal bernilai RM300,000 bagi membantu penduduk terjejas banjir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini