Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata kompaun terhadap Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda bukan atas dasar budi bicara beliau sebaliknya berlandaskan undang-undang sedia ada.

Tegas beliau tuduhan mengaitkannya bersubahat melindungi Rumah Bonda juga sebagai fitnah.

Jelas beliau, tindakan undang-undang telah diambil sejak Julai tahun lepas dengan menyita rumah bonda. Ia ekoran hasil siasatan, Rumah Bonda didapati tidak berdaftar dengan JKM di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506) yang merupakan satu kesalahan di bawah akta sama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini