Kompleks Kluster Koko Malaysia di Kota Samarahan, Sarawak diyakini berupaya mengubah arus industri koko negara.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata pembukaan kompleks bernilai RM4.6 juta itu memainkan peranan lengkap bagi kajian penghasilan coklat yang enak.

Kompleks berkonsepkan dari ladang ke meja itu akan merangkumi proses dari tanaman, tuaian, kajian dan penghasilan produk hiliran.

Jelas Datuk Zuraida, kompleks terbabit juga akan meningkatkan kemampuan sektor pelancongan gastronomi negeri Sarawak dengan adanya produk manisan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini