Kompleks Telekom Malaysia Berhad (TM) Taiping menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi swasta pertama di Perak. Pembukaannya itu menjadikan ia premis ketiga milik TM yang diubah menjadi PPV. Langkah itu sebagai usaha menyokong Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan (PICK).

Pengurus Besar, Kawal Selia dan Keterlibatan Negeri TM Perak, Badrul Hisham Bahari berkata PPV yang telah beroperasi pada pertengahan Ogos itu berupaya menampung pemberian vaksin sehingga 1,800 dos sehari. Dalam kenyataannya beliau menjelaskan, PPV tersebut turut dilengkapi dengan sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi unifi untuk kemudahan pengunjungnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini