Sebuah komputer Apple-1 yang dibina oleh dua orang pengasas bersama syarikat itu, mendiang Steve Jobs and Steve Wozniak kira-kira 45 tahun lalu dilelong pada harga 400-ribu atau 1.6 juta di Amerika Syarikat pada Selasa.

Apple-1 merupakan antara 200 buah komputer yang dibuat oleh mereka dari sebuah garaj di Los Altos, California. Menariknya, komputer berkenaan mempunyai hiasan papan kayu jenis koa pada papan kekunci.

Difahamkan, hanya sejumlah kecil Apple-1 dihasilkan dengan menggunakan kayu tersebut. Komputer itu pada asalnya dibeli oleh seorang profesor elektrik di sebuah kolej di California, yang kemudian menjualnya kepada seorang pelajarnya pada tahun 1977.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini