Meskipun penting untuk menerima diplomasi digital dalam tempoh pasca pandemik,

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mengingatkan komuniti diplomatik agar meneruskan tradisi untuk terlibat dalam interaksi secara bersemuka.

Jelas beliau komuniti ini juga harus mewujudkan rangkaian hubungan yang lebih erat bagi membantu mereka untuk menyerlah di peringkat antarabangsa.

Ketika kehadiran fizikal tidak lagi menjadi faktor utama dalam diplomasi dunia pasca pandemik, ia memberikan cabaran kerana asas penting dalam diplomasi adalah membina hubungan dan rangkaian.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Titah Ucapan Diraja Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah Perak bertajuk “Membentuk Diplomat Generasi Baharu” di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) sempena ulang tahun ke-30 institusi itu di ibu negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini