Konflik Rusia-Ukraine memberi kesan ketara kepada pasaran makanan global hingga boleh menyebabkan tambahan 11 hingga 19 juta orang mengalami kelaparan kronik.

Ia berikutan kedua-dua negara yang terlibat dalam konflik itu adalah pengeluar utama komoditi pertanian dunia dengan gabungan bahagian sekitar 30 peratus daripada eksport gandum global.

Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendedahkan, negara paling terjejas akibat konflik tersebut adalah di wilayah Afrika utara.

Laporan tinjauan makanan terbaru FAO mendapati, harga makanan antarabangsa yang lebih tinggi diunjur meningkatkan bil import makanan global sehingga AS$1.8 trilion tahun ini.

Terdapat juga kemungkinan tindakan mengetatkan pasaran komoditi makanan pada 2022 disebabkan harga input yang melambung tinggi, kebimbangan mengenai cuaca dan peningkatan keadaan pasaran tidak menentu.

Bil import yang lebih tinggi akan menjejaskan negara yang terdedah dari segi ekonomi sekiranya jumlah import mereka kecil.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini