Perkembangan konflik Rusia-Ukraine.

Kesatuan Eropah (EU) sepakat untuk mengenakan hukuman ke atas Moscow.

Fokusnya melaksanakan sekatan lebih teruk dengan menyasarkan sektor kewangan, tenaga dan pengangkutan.

Persetujuan dicapai pada Sidang Kemuncak Tergempar yang antara lain turut setuju melaksana sekatan lanjut yang bakal mengakibatkan kesan lebih besar kepada Rusia.

Sekatan meliputi sektor kewangan, tenaga dan pengangkutan, barangan dwiguna serta pembiayaan eksport dan dasar visa.

Pada masa sama menambah lebih ramai individu Rusia ke EU dalam larangan perjalanan dan senarai pembekuan aset. Sekatan akan berkuat kuasa secepat mungkin, sebaik sahaja rang undang-undang disediakan dan diluluskan secara rasmi oleh Menteri Luar  serta diterbitkan dalam jurnal rasmi EU

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini