Para peniaga diberi amaran agar tidak menjadikan konflik serangan antara Rusia dan Ukraine sebagai alasan untuk menaikkan harga barangan dengan sewenang-wenangnya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata peniaga perlu berniaga secara beretika.

Pada masa sama tidak mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan terhadap situasi berkenaan.

Beliau memberi peringatan, tindakan tegas akan diambil di bawah Akta Anti Pencatutan 2011 KPDNHEP jika peniaga didapati menaikkan harga barangan secara tidak munasabah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Kuching.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini