Tentera Rusia meneruskan serangan di beberapa kedudukan penting di beberapa bandar di Ukraine.

Sekali gus memaksa penduduk Ukraine berlindung di terowong kereta api, menyebabkan 100,000 penduduk hilang tempat tinggal.

Presidennya, Volodymyr Zelenskyy memaklumkan, sekurang-kurangnya 137 orang terkorban melibatkan tentera dan orang awam, manakala 160 lagi dilaporkan cedera pada hari pertama peperangan.

Ukraine menyatakan tentera Rusia sudah merampas kuasa loji tenaga nuklear Chernobyl. Selain itu, sebuah pesawat tentera yang membawa 14 penumpang  ditembak dan  terhempas di selatan Kyiv.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini