Perdana Menteri Ethiopia, Abi Ahmed tiba di Khartoum pada JUMAAT untuk menjadi pengantara rundingan antara pemimpin majlis tentera dan pemimpin bantahan selepas tindakan kekerasan dengan kerahan pasukan separa tentera yang dilakukan minggu ini. Ahmed dijadual mengadakan beberapa siri pertemuan dengan pemimpin tentera yang mengambil alih kuasa selepas pemecatan Presiden Omar al-Bashir pada April lalu. Agensi berita AFP melaporkan, selesai pertemuan itu, Ahmed akan bertemu dengan pemimpin bantahan. Fokus perbincangan adalah untuk mengembalikan kestabilan politik Sudan dan mendapatkan pandangan majlis tentera berhubung pentingnya kebebasan dan perubahan. Misi itu juga dilakukan selepas Kesatuan Afrika menggantung keanggotaan Sudan sehingga tentera memberi laluan kepada peralihan kuasa awam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini