Konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan formula terbaik bagi menangani cabaran kesihatan, ekonomi dan politik yang melanda negara.

Penganalisis Politik, Prof. Dr. Sivamurugan Pandian berkata, proses pemulihan negara daripada kesan pandemik Covid19 memerlukan komitmen dan penglibatan semua pihak tanpa mengira latar belakang etnik, agama dan fahaman politik.

Justeru, semangat keluarga Malaysia yang ditekankan tersebut amat bersesuaian untuk menyatu padukan semua pihak tanpa melihat kewujudan kepentingan pihak tertentu.

Tambahnya, dalam membawa perubahan, kerajaan juga perlu memberi penekanan kepada aspek keselesaan, kesejahteraan dan kesihatan rakyat di bawah konsep Keluarga Malaysia. Kehidupan masyarakat dengan norma kebiasaan seperti situasi sebelum pandemik boleh dicapai dengan peranan dan kerjasama semua pihak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini