Satu kertas cadangan pelaksanaan konsep sewa kediaman menempatkan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
 
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim menjelasakan fasa pertama pelaksanaan konsep itu akan dimulakan di Lembah Klang dengan 220 unit. 

Menurut beliau penyediaan kemudahan perumahan kepada pegawai dan anggotanya adalah sangat mendesak, terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur.
 
Beliau turut berharap cadangan yang telah dihantar kepada KDN  dapat dipertimbangkan dan diluluskan dalam masa terdekat.
 
Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai perumahan polis yang sudah terbengkalai, 
 
projek perumahan tersebut dijangka dapat disiapkan dan diduduki 60 keluarga pegawai pangkat rendah IPD Maran, awal tahun depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini